BAGI individu yang meminati cabaran dan inginkan kejutan, Nights of Fright 6 (NOF6) sempena festival Halloween di Sunway Lagoon, Subang Jaya, Selangor pasti memberi satu pengalaman baharu serta menyeronokkan. NOF6 menjanjikan ketakutan buat pengunjung yang hadir kerana ‘hantu-hantu’ yang berkeliaran di sepanjang kawasan Sunway Lagoon tidak akan membiarkan anda berjalan dengan tenang. Ada sahaja yang datang mengganggu. Tidak kira datang dalam jelmaan badut menakutkan, pemotong daging manusia yang mengerikan mahupun…










