KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan seorang gadis warga China selama hampir sebulan yang didakwa bapanya sebelum ini terjawab semalam apabila dia sebenarnya kini dalam tahanan Jabatan Imigresen. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, gadis terbabit, Zhou Han, 22, sebelum ini ditahan imigresen dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Cheras di sini pada 13 Oktober lalu. Menurutnya, wanita itu diberkas bersama 21 warga asing…










