COX’S BAZAR 14 Nov. – Peningkatan jumlah tentera Bangladesh di kem-kem pelarian Rohingya di negara ini, menimbulkan ketakutan kepada pelarian Rohingya ketika pihak berkuasa bersedia menghantar pulang mereka ke Myanmar di sebalik bantahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Bangladesh akan memulakan proses penghantaran kumpulan pertama Rohingya seramai 2,260 orang bermula esok di sebalik amaran etnik itu hampir pasti berdepan penyeksaan di Myanmar.
Beberapa keluarga yang tersenarai untuk dihantar pulang dilapor melarikan diri dengan bersembunyi di kawasan berbukit.
“Setiap orang cemas, situasi di sini amat teruk. Banyak tentera dan polis di dalam kem yang memeriksa kad pengenalan Rohingya,” kata seorang pemimpin masyarakat, Abdur Rahim. – AFP










