Kegiatan curi kerusi kedai makan berleluasa di Kota Bharu dan Tumpat - Utusan Malaysia

Kegiatan curi kerusi kedai makan berleluasa di Kota Bharu dan Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT  – Kegiatan curi kerusi plastik di kedai-kedai makan sekitar Kota Bharu dan Tumpat semakin berleluasa sejak tiga hari lalu sehingga mengakibatkan kerugian kepada pemilik kedai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian terbaru, pemilik kedai makan FA Nasi Air  di Wakaf Bharu di sini kerugian lebih RM300 apabila sebanyak 28 biji kerusi plastiknya dicuri  kira-kira pukul 9  pagi tadi.

Menurut Ali Senik, 54, dia mengetahui kejadian itu semasa hendak membuka kedainya kira-kira pukul 11 pagi.

  “Saya terkejut apabila melihat kerusi plastik yang telah disusun oleh pekerja selepas tamat beroperasi pada pukul 12 tengah malam telah hilang.

 “Kejadian seperti ini tidak pernah berlaku dan saya terus memeriksa Litar Kamera Tertutup (CCTV) mendapati ada seorang lelaki mencurinya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, lelaki  yang memakai topi, berbaju-T dan berseluar pendek dilihat mengambil kerusi dan memasukkan ke dalam sebuah pacuan empat roda.

“Berikutan kejadian ini, pemilik-pemilik kedai di negeri ini berwaspada dengan perbuatan jenayah ini. Saya harap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian pada Isnin lalu, satu rakaman video memaparkan gelagat dua lelaki menunggang motosikal sedang mencuri kerusi plastik viral di laman sosial facebook.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai makan di Jalan Long Yunus, Kota Bharu.

Kejadian sama turut menimpa sebuah kedai makan di Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu dekat sini semalam apabila  sebanyak 60 kerusi plastik premis tersebut dilarikan suspek. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini