Kegagalan raih emas masih dirasai - Utusan Malaysia

Kegagalan raih emas masih dirasai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 10 Nov. – Luka gagal meraih pingat emas acara hoki lelaki pada pentas Sukan Asia Jakarta-Palembang, Indonesia 2018 lalu masih lagi dirasai oleh barisan pemain Malaysian Tiger sehingga hari ini.

Mana tidaknya, kekalahan 1-3 ditangan Jepun pada pentas final itu dirakam menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 6-6 tamat perlawanan biarpun Malaysian Tiger selepas 5-2 sebelum itu.

Kegagalan itu juga menyebabkan, Malaysia Tiger terlepas peluang untuk merebut tiket automatik ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Presiden Konfedarasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Subahan Kamal ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Pembangunan Hoki Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat di sini hari ini.

Subahan berkata, kelukaan itu masih belum terubat sehingga hari ini kerana barisan Malaysian Tiger semamangnya mahu meraih emas.

Menurutnya, itu dibuktikan oleh mereka apabila mempamerkan aksi terbaik sepanjang saingan tersebut.

“Begitupun saya lihat mereka tidak mudah patah semangat, sebaliknya bangkit dengan mempamerkan aksi konsisten setiap kejohanan yang disertai Malaysia Tigers,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN