Kedudukan CVR JT610 masih ‘kabur’ - Utusan Malaysia

Kedudukan CVR JT610 masih ‘kabur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 1 Nov. – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya me­nemukan perakam data penerbangan (FDR) pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lepas di perairan Tanjung Ka­rawang pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi berkata, FDR itu ditemukan di kedalaman 30 meter, iaitu 500 meter dari koordinat pesawat itu dilaporkan terhempas.

“Kami menemukan sebahagian kotak hitam iaitu FDR, (tapi) perakam suara kokpit (CVR) masih belum ditemukan,” katanya dalam siaran langsung disiarkan sebuah televisyen tem­patan, TV One dari Kapal KM Baruna Jaya 1 yang terlibat dalam operasi pencarian itu di perairan Tanjung Karawang de­kat sini.

Beliau berkata, FDR itu ditemukan pasukan penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI) pada pukul 10.05 pagi ini.

Kotak hitam itu men­gandungi FDR (yang merekodkan percakapan di dalam pesawat) dan CVR (yang merekodkan percakapan juruterbang dan pembantu juruterbang di kok­pit).

Penyelam yang menemukan FDR berkenaan, Sertu Hendra memberitahu, beliau melihat sebuah kotak berwarna oren yang tertimbus di dalam lumpur di dasar laut yang berlumpur itu.

“Ketika itu saya menyelam di kedalaman 30 meter, saya juga melihat rangka pesawat, yang panjangnya kira-kira satu meter setengah,” katanya.

Operasi SAR hari keempat turut menggunakan teknologi canggih seper­ti sonar yang sebelum itu mengesan isyarat ‘ping’ di koordinat berke­naan.

Penerbangan JT610 membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas pagi Isnin lalu di perairan ter­babit.

Portal Detik.com melaporkan, pasukan SAR membawa lapan lagi beg mayat ke pusat operasi menjadikan keseluruhan jumlah beg kepada 65. – BERNAMA/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini