Kedai perabot musnah terbakar - Utusan Malaysia

Kedai perabot musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Sebuah kedai perabot musnah dalam kebakaran di Bandar Bukit Puchong, dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.26 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Cyberjaya dan BBP Serdang tiba kira-kira 10 minit kemudian.

“Apabila tiba, kita dapati kedai perabot yang berkeluasan 15.24×6.1 meter sudah terbakar kira-kira 50 peratus.

“Api sudah dapat dikawal dan operasi untuk memadamkan kebakaran masih dijalankan. Kejadian ini tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN