Kedai buku 24 jam pertama dilancar - Utusan Malaysia

Kedai buku 24 jam pertama dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA 9 Nov. – Isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali hari ini melancarkan kedai buku 24 jam pertama di negara ini iaitu BookXcess di sini.

Kedai buku terletak di Tamarind Square, di sini itu berkeluasan 37,000 kaki persegi dan menempatkan setengah juta buku sekali gus menjadi kedai buku terbesar seumpamanya di Malaysia.

Majlis pelancaran cawangan ketujuh BookXcess yang mula dibuka Mei lalu itu turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengasas BookXcess Sdn. Bhd., Jacqueline Ng berkata, misi pihaknya adalah untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira waktu.

Selain itu, katanya, pihak BookXcess mempunyai misi serampang dua mata iaitu mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris serta memperkasakan orang ramai dengan ilmu 

“Buku mampu mencipta pelbagai kemungkinan dan memberi galakan kepada pembaca supaya berani bermimpi dan mengejar cita-cita,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Beliau berkata, BookXcess kini menggerakkan inisiatif kebajikan, ‘The Priceless Gift’ pada tahun ini dalam menggalakkan pelanggan menyumbang buku kepada mereka yang tidak bernasib baik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN