Kebebasan internet terancam - Utusan Malaysia

Kebebasan internet terancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Kerajaan di seluruh dunia meningkatkan penggunaan perkakasan online untuk menindas penentang dan me­ngukuhkan kuasa mereka de­ngan kebanyakannya menjadikan China sebagai contoh, demikian menurut hasil kajian sebuah kumpulan pemerhati hak asasi manusia semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kajian ke atas 65 buah negara oleh kumpulan Freedom House itu mendapati bahawa kebebasan internet global merosot untuk lapan tahun berturut-turut pada 2018, berpunca daripada peningkatan ‘autoritaria­nisme digital’ yang bersifat antidemokratik.

Laporan bertajuk Freedom on the Net 2018 itu mendapati propaganda online dan maklumat menyimpang semakin ‘me­racuni’ dunia digital, manakala pengumpulan data peribadi secara tidak terkawal mencabuli privasi pengguna.

“Demokrasi berdepan ke­sukaran dalam era digital, manakala China mengeksport model penapisan dan pengawasan untuk mengawal maklumat di dalam dan di luar sempadannya,” kata Pre­siden Freedom House, Michael Abramowitz.

“Corak begini mendatangkan ancaman kepada kebebasan internet dan menjejaskan prospek untuk demokrasi lebih meluas di seluruh dunia,” tambahnya.

Menurut Abramowitz, pegawai-pegawai China mengadakan sesi penerangan berhubung kaedah mengawal maklumat dengan 36 daripada 65 negara yang dikaji. Beijing juga, kata­nya, menyediakan peralatan pengawasan telekomunikasi kepada sebilangan kerajaan asing.

Bagaimanapun, Kementerian Luar China menafikan tuduhan yang dibuat oleh Freedom House.

“Dakwaan itu tidak berasas, tidak profesional, tidak bertanggungjawab dan mempunyai niat tersembunyi,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang pada satu sidang akhbar di Beijing semalam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini