LONDON – Marcus Rashford muncul wira Manchester United apabila meledak gol kemenangan ketika menewaskan Bournemouth 2-1 pada aksi Liga Perdana England di Stadium Vitality semalam. Keputusan itu menyaksikan United kini meraih kemenangan kedua berturut-turut bagi aksi domestik selepas menewaskan Everton 2-1 di Old Trafford minggu lalu. Apa yang pasti, kemenangan tersebut menyaksikan pengurus The Red Devils, Jose Mourinho menarik nafas lega selepas United kini berjaya mengumpul 20 mata daripada 11 perlawanan. Pada aksi semalam, United dikejutkan dengan gol awal pasukan tuan rumah hasil penyerang Bournemouth, Callum Wilson pada minit ke-11.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya