Keadaan Muhammad Adib semakin baik - Utusan Malaysia

Keadaan Muhammad Adib semakin baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Keadaan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang kritikal akibat dipukul dalam kekecohan di Kuil Sri Mariamman di USJ 25, Putra Heights, dekat Subang Jaya pada Selasa lalu bertambah baik.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Datuk Muhammad Hamdan Wahid berkata, Muhammad Adib yang dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 11.33 malam semalam dirawat dengan mesin sokongan hayat, Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO).

“Keadaan beliau bertambah lebih baik daripada semalam dari segi bacaan yang ditunjukkan oleh pakar perubatan yang merawat beliau. Kita doakan semoga beliau lebih tabah dan positif dalam mengharungi keadaan ini. 

“Keluarga beliau juga mempunyai keyakinan dengan pihak terlibat yang sedang bertungkus-lumus untuk membuat segala aspek rawatan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di IJN, Jalan Tun Razak, di sini hari ini.

Difahamkan, mesin ECMO hanya ada di IJN itu digunakan untuk memberi sokongan pertukaran peredaran darah dan gas kepada Muhammad Adib akibat kecederaan dada yang serius. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN