SUBANG JAYA 26 Nov. – Keadaan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 di sini tenang dan kelibat kumpulan perusuh tidak kelihatan lagi. Setakat pukul 1 petang ini, kawasan tersebut kini dipenuhi para wartawan dan dikawal pihak polis. Selain itu, laluan Lebuh Raya Damansara- Puchong (LDP) ke Shah Alam berhampiran kuil tersebut telah dibuka dan berjalan lancar. Tinjauan wartawan Utusan Malaysia mendapati sekumpulan wartawan dan 50 anggota polis serta 20 jawatankuasa kuil berkumpul di kawasan itu. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya