PETALING JAYA 26 Nov. – Bantahan terhadap penempatan semula sebuah kuil Hindu di Seafield di sini yang kecoh awal pagi ini, kembali terkawal apabila polis mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian. Pihak polis ketika dihubungi memberitahu, anggota polis telah dihantar ke lokasi kejadian sebaik tercetusnya ketegangan itu. Free Malaysia Today melaporkan protes ganas tercetus sekitar pukul 2 hingga 3 pagi ini menyaksikan beberapa buah kenderaan dibakar berhampir susur keluar USJ di Lebuh Raya Elit. Difahamkan bantahan itu bermula sejak bulan lalu apabila sebuah syarikat pemaju One City mendakwa tanah berkenaan adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya