PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat dakwaan kononnya filem Polis Evo 2 arahan Joel Soh dan dibintangi pelakon tersohor, Shaheizy Sam dan Zizan Razak memberi imej buruk kepada Islam. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak mengetahui secara terperinci tentang dakwaan tersebut termasuk tindakan beberapa pihak termasuk parti Pas yang memboikot naskhah berkenaan. “Saya kena periksa dulu sebab saya tidak tahu kedudukan sebenar,” katanya ringkas pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya