KCCCI anjur dialog keselamatan bersama IPD Klang Utara - Utusan Malaysia

KCCCI anjur dialog keselamatan bersama IPD Klang Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 1 Nov.- Orang ramai dijemput menghadiri program Dialog Kesedaran Keselamatan Antara Polis dan Penduduk Klang yang berlangsung di Pusat Beli Belah Klang Parade di sini pada 11 November ini.

Program dialog anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Klang (KCCCI) itu akan menjemput Gabungan Persatuan Penduduk Klang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara sebagai speaker jemputan.

Timbalan Presiden KCCCI, Datuk Andrew Goh Boon Kim berkata, program itu diadakan bertujuan memberi peluang kepada penduduk daerah ini berkongsi masalah dan cadangan dalam membanteras jenayah yang berlaku di kawasan setempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas Andrew, selain merapatkan hubungan masyarakat dengan dengan polis, program tersebut diadakan bagi membincangkan isu jenayah serta meningkatkan kesedaran awam mengenai pentingnya menjaga keselamatan dan tidak bergantung semata-mata dengan pihak berkuasa.

“Malah, kaji selidik mendapati hampir 80 peratus penduduk di daerah ini mahu langkah pencegahan jenayah dan tahap keselamatan dipertingkatkan terutama ketika Klang sedang pesat membangun.

“Bagaimanapun, usaha membanteras jenayah tidak harus diserahkan sepenuhnya kepada polis semata-mata kerana masyarakat perlu terus menjadi mata dan telinga untuk bersama menangani jenayah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Gabungan Persatuan Penduduk Klang, Boey Eng Chuan dan Penasihat gabungan itu, Datuk Tan Hock Guan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini