Kawasan rendah di Setiu mulai dinaiki air - Utusan Malaysia

Kawasan rendah di Setiu mulai dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 3 Nov. – Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah Setiu mula dinaiki air hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kawasan yang terjejas termasuklah Kampung Seri Bayas dekat Hulu Seladang namun bagaimanapun tiada pemindahan dilaporkan setakat pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning berikutan jangkaan hujan lebat dan angin kencang di seleruh daerah di negeri ini bermula hari ini hingga esok.

Sehubungan itu, semua pusat operasi/kawalan bencana peringkat pusat seperti polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri bersiapsiaga menghadapi pelbagai bencana yang dijangka.

Selain Terengganu, amaran cuaca waspada peringkat kuning turut melibatkan beberapa kawasan di Kelantan di samping di Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN