KOTA KINABALU – Kementerian Dalam Negeri mengarahkan supaya kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) diperketatkan sebagai persiapan berdepan ancaman penculikan di perairan negara. Timbalan Menterinya, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, kementerian memandang serius terhadap sebarang maklumat berkaitan jenayah penculikan rentas sempadan terutamanya yang melibatkan pergerakan militan kumpulan Abu Sayyaf. Menurut Mohd. Azis, pasukan keselamatan seperti polis dan Pasukan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) komited memastikan perairan Esszone sepanjang 1,400 kilometer (km) berada dalam keadaan selamat. “Pasukan keselamatan yang ditempatkan di lokasi berkaitan bersedia dengan sebarang kemungkinan. Kita menganggap apa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya