KUALA LUMPUR – Kerakusan satu sindiket pinjaman yang tidak wujud memperdaya mangsa sehingga mampu mengaut keuntungan mencecah RM50,000 sehari tidak berpanjangan apabila kegiatan mereka terbongkar dalam satu serbuan di Kajang baru-baru ini. Sindiket yang mula aktif sejak Ogos lalu itu tumpas dengan penahanan 21 ahlinya menerusi serbuan di sebuah rumah teres kira-kira pukul 2.30 petang pada 13 November lalu. Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, kesemua ahli sindiket berusia antara 17 hingga 27 tahun itu ditahan hasil risikan serta maklumat yang diterima.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya