KUALA LUMPUR 14 Nov. – Kapal Equanimity yang berlabuh di Pelabuhan Klang Ogos lalu selepas ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia awal tahun ini kini dipercayai berada di Langkawi, Kedah. Menurut laman sesawang Marine Traffic, kapal tersebut berlepas dari Pelabuhan Klang pukul 10.18 pagi semalam yang mengambil masa perjalanan kira-kira lapan jam dengan kelajuan 8.6 knot. Perkembangan itu menimbulkan tanda tanya berikutan kapal tersebut kini dalam proses bidaan kepada mereka yang…










