GAZA CITY 9 Nov. – Kakitangan awam Palestin hari ini berbaris panjang di Gaza bagi mengambil gaji yang dibiayai oleh Qatar, sebagai sebahagian daripada usaha meredakan ketegangan di semenanjung itu.
Secara keseluruhan sebanyak AS$90 juta (RM374 juta diperuntukkan untuk diagihkan secara berperingkat-peringkat selama enam bulan melibatkan bayaran sebanyak AS$15 juta (RM62 juta) sebulan.
Menurut sumber kerajaan di wilayah yang dikuasai oleh Hamas itu, wang tunai itu dibawa masuk malam tadi menerusi utusan Qatar ke Gaza, Mohammad al-Emadi. – AFP










