KUALA TERENGGANU – Dua pemancing ikan terkejut apabila menemui satu mayat lelaki dengan kaki kanan diikat sebuah batu pemberat berhampiran pantai Teluk Rotan di Pulau Redang kelmarin.
Kedua-dua lelaki itu menemui mayat yang terapung itu pada pukul 7.15 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, sewaktu ditemui mayat lelaki itu didapati dalam keadaan tidak sempurna dan sudah mereput.
“Penemuan mayat terbabit kemudiannya dimaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum anggota polis dari Balai Polis Pulau Redang bergegas ke lokasi kejadian.
“Mayat lelaki yang ditemui terapung dalam keadaan tertiarap berhampiran tepi pantai Teluk Rotan itu memakai baju-T putih dan berseluar panjang berwarna biru,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











