Kajian syarikat Jepun terhadap perkhidmatan tren Malaysia untuk peastikan manfaat penuh - Utusan Malaysia

Kajian syarikat Jepun terhadap perkhidmatan tren Malaysia untuk peastikan manfaat penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Usaha kerajaan Malaysia mendapatkan kerjasama JR Kyushu Railway Company bagi meneliti masalah pengangkutan tren di Malaysia adalah untuk memastikan perkhidmatan itu memberikan manfaat sepenuhnya kepada negara dan pengguna, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, Malaysia meminta kerjasama syarikat Jepun itu untuk membuat kajian berkenaan supaya peranan dan manfaat operasi perkhidmatan tren dapat dipertingkatkan termasuk dalam hal melibatkan penghantaran kargo.

“Sekarang ini perkhidmatan tren kita hampir siap sepenuhnya…dah siap semua ‘double tracking’ dan ‘electrification’ (landasan berkembar dan berkuasa elektrik). Bagaimanapun penggunaannya hanya 30 peratus sahaja dan ada 70 peratus ‘potential railway’ (potensi tren) yang tidak diguna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia di sini Rabu, hari terakhir lawatan kerja tiga harinya ke Jepun.

Katanya, di Malaysia banyak kontena besar dibawa melalui jalan darat yang menyebabkan ia menjadi tidak cekap  dan mengganggu perjalanan kerana saiznya yang besar.

“Kena guna ‘railway’ (tren) untuk ‘transportation of containers and big items’ (pengangkutan kontena dan barangan besar). Railway kita ‘electrified’ (sudah menggunakan kuasa elektrik) tapi tak boleh bawa kontena. Di Jepun ada sistem untuk tren ‘to move the trade’ (memajukan perdagangan),” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN