Kaji kurang kos rumah luar bandar - Rina - Utusan Malaysia

Kaji kurang kos rumah luar bandar – Rina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Kementerian Pembangunan Luar Bandar kini sedang mengkaji untuk mengurangkan kos pembangunan projek perumahan rakyat tanpa menjejaskan kualiti serta saiz rumah.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, pengurangan kos tersebut akan membolehkan lebih ramai golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) terutamanya di luar bandar menikmati kemudahan berkenaan.

“Kita mengkaji balik projek perumahan yang kita buat, kalau ada teknologi terbaru boleh tak kita kurangkan harga rumah tanpa menjejaskan kualiti dan saiz rumah.

“Hasil kajian ini insya-Allah kementerian boleh dikurangkan harga sehingga 10 ke 15 peratus, sekurang-kurangnya ada pengurangan,” katanya ketika berucap di Majlis Minum Petang bersama Media, di sini hari ini.

Kira-kira 100 pengamal media daripada pelbagai agensi diraikan selama dua jam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN