Kadet Bomba membentuk keterampilan diri - Utusan Malaysia

Kadet Bomba membentuk keterampilan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 3 Nov. – Elemen sains dan kejuruteraan kebombaan membantu anggota Kadet Bomba dalam menghadapi sesuatu bencana termasuk kebakaran.

Pengarah Bomba Sarawak, Khirudin Drahman@Hussaini berkata, pendedahan tersebut diperolehi daripada latihan selain pembentukan disiplin, kepimpinan dan keterampilan diri.

Katanya, terdapat ahli kadet bomba yang telah membantu menyelamatkan mangsa yang ditimpa bencana.

“Kalau kita kenal api sebagai kawan namun jika tidak kenal menjadi lawan malah ia tidak mengenal mangsa.

“Sarawak mempunyai 94 pasukan Kadet Bomba dengan sekitar 7,694 ahli dapat menyumbang kembali kepada masyarakat di tempat masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutupan Ujian Bersepadu Dan Pentauliahan Pangkat Lans Koperal dan Koperal Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Bahagian Kuching 2018 di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, sebentar tadi.

Sementara itu, mengulas mengenai persiapan menghadapi musim tengkujuh Khirudin memberitahu, pihaknya telah mengemaskini data-data dan mengenalpasti lokasi selamat untuk pendaratan helikopter terutama sekali di kawasan rendah.

Katanya, ia bagi menyelesaikan masalah penghantaran bekalan makanan di kawasan-kawasan terputus jalan akibat banjir.

“Kita juga telah memberi pendedahan mengenai pengurusan banjir kepada lebih 3,500 Ketua Masyarakat dari rumah panjang di Miri,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN