Kadar faedah AS jejas sentimen - Utusan Malaysia

Kadar faedah AS jejas sentimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Peningkatan kadar faedah ditambah dengan dolar Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta peningkatan perang perdagangan antara China dan AS telah memberi kesan kepada sentimen pelabur di pasaran ekuiti Asia Pasifik, kata TA Investment Management Bhd.

Ia berkata, tekanan di pasaran membangun, terutama di Turki, Afrika Selatan dan Argentina mendorong kebimbangan penularan yang menyebabkan kelemahan mata wang dalam beberapa mata wang Asia yang lebih rapuh.

“Pegangan portfolio dalam sektor yang memberi hasil lebih tinggi adalah bermanfaat ketika ketidaktentuan meningkat, sementara kedudukan dalam tenaga dan bahan juga bermanfaat. Sebahagian besar prestasi yang melebihi tempoh itu datang daripada pemilihan saham,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, pasaran Amanah Pelaburan Harta Ta­nah Asia Pasifik dijangka kekal kukuh disebabkan sifat defensifnya di bawah persekitaran pasaran yang tidak menentu sekarang akibat pergeseran perdagangan dan keputusan pendapatan yang kukuh.

“Kami kekal optimis secara berhati-hati ke atas pasaran ekuiti Asia berdasarkan apa yang kami anggap sebagai penilaian harga saham yang menarik, pe­ningkatan pendapatan korporat dan prospek pertumbuhan berdaya tahan, terutama berban­ding negara maju,” katanya.

Bagaimanapun, TA Investment menambah, dalam jangka pendek pasaran dijangka akan ditentukan oleh faktor politik dan data ekonomi, terutama dari AS dan China.

“Portfolio masih menumpu kepada sektor berorientasi domestik dengan keutamaan peluang pertumbuhan dividen berbanding hasil tinggi yang defensif berdasarkan perbezaan harga saham.

Terdahulu, TA Investment Management Bhd mengisytiharkan agihan pendapatan kasar 0.7 sen untuk Dana Pendapatan Dividen Asia TA dan 1.5 sen untuk Dana Pendapatan REIT TA Asia Pasifik kepada pemegang unitnya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN