Juruteknik maut motosikal rempuh kereta - Utusan Malaysia

Juruteknik maut motosikal rempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 12 Nov. – Seorang juruteknik di sebuah pasar raya di sini maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kereta di jalan Tingkat Selamat 9 dekat Kepala Batas, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Fahrul Ashraf Mohd. Arof, 30, maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada kepala dan badan selepas motosikal jenis Yamaha Y15R miliknya bertembung dereta Proton Waja yang dipandu seorang pesawah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komsioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang datang dari arah Pinang Tunggal menghala ke Tasek Gelugor cuba memotong kenderaan di hadapan sebelum dirempuh kereta yang dipandu Mohd. Isa Othman, 67, yang datang dari arah bertentangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah tercampak ke atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di bahagian kepala dan badan manakala Mohd. Isa tidak cedera.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala batas untuk dibedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×