KOTA BHARU 1 Nov. – Seorang jurujual wanita maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum digilis sebuah trak tentera di hadapan klinik Kota Jembal di Jalan Kedai Lalat di sini hari ini. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Siti Nurul Asmawati Abdul Aziz, 21, dikatakan dalam perjalanan menuju ke tempat kerja dari arah Tawang. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Noor Halim Nordin berkata, mangsa yang tidak mempunyai lesen pada awalnya cuba memotong sebuah kereta namun berlaku pergeselan sebelum mangsa terjatuh. “Akibat daripada pergeselan itu, mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya