AKIBAT diserang strok empat tahun lalu, Tengku Sabri Ibrahim, 57, seorang pengarca mengalami lumpuh pada badan dan tangan sebelah kirinya. Dalam mindanya penyakit itu bakal menamatkan kariernya sebagai anak seni. Ini ekoran tangannya sudah tidak bermaya untuk memegang pahat, apatah lagi alatan lain bagi menghasilkan arca. Namun, beliau melawan penyakit itu dengan terus berkarya. Walaupun lumpuh, beliau masih berkeupayaan untuk berbual. Justeru, Tengku Ibrahim meminta pertolongan seniman muda untuk menghasilkan…










