KUALA LUMPUR – Jumlah penduduk bekerja di negara ini dijangka meningkat kepada 15.1 juta tahun hadapan berbanding 14.8 juta tahun lepas. Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, lebih banyak peluang pekerjaan baharu dijangka wujud dalam ekonomi dan kadar pengangguran diunjur kekal 3.3 peratus. Daripada jumlah penduduk bekerja, sektor perkhidmatan dijangka menyaksikan penambahan 300,000 pekerja (9.3 juta) pada 2019 berbanding 9 juta yang direkodkan pada 2018.…










