ISKANDAR PUTERI 29 Nov. – Kerajaan negeri menjenamakan semula Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan kini dikenali sebagai Invest Johor. Langkah seumpama itu bukan kali pertama dilakukan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) kerana sebelum ini Bas Muafakat Johor dijenamakan kepada Bas Harapan Johor. Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, usaha menjenamakan semula Invest Johor itu bertujuan meningkatkan tahap penyelarasan sektor pelaburan di negeri ini. “Matlamatnya juga adalah untuk memberi impak lebih jelas dengan memperkasakan pusat tersebut sejajar usaha mempromosikan negeri Johor sebagai destinasi pilihan pelabur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya