JOHOR BAHRU 1 Nov. – Di sebalik kehidupan yang hiruk-pikuk, masih terdapat kawasan di bandar raya ini yang menjanjikan ketenangan bagi warganya. Antara lokasi pilihan warga kota yang ingin mencari kedamaian adalah di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di Taman Mutiara Rini, Skudai di sini. Ini kerana hutan bandar seluas 25 hektar itu menyediakan pelbagai aktiviti dan kemudahan untuk seisi keluarga beriadah terutamanya pada waktu petang dan hujung…










