JHEAIPP mulakan siasatan edar Bible depan sekolah - Utusan Malaysia

JHEAIPP mulakan siasatan edar Bible depan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 7 Nov. – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) telah memulakan siasatan berhubung kes mengedar kitab Bible kepada pelajar sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam di sini baru-baru ini.

Abdul Malik
ABDUL MALIK KASSIM

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Kassim berkata, ketika ini JHEAINPP bekerjasama dengan pihak polis dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Katanya, beliau baharu sahaja menerima laporan secara lisan daripada pihak berkuasa agama negeri berhubung kes berkenaan.

” Kita mempunyai kuasa untuk menyiasat seperti diperuntukan  di bawah Enakmen Kesalahan Syariah negeri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, tindakan selanjutnya akan menyusul berhubung isu berkenaan yang menjadi kebimbangan umat Islam di negeri ini.

” Ketika ini, pejabat agama di Seberang Perai Tengah telah memulakan siasatan untuk mengetahui sama ada pelajar beragama Islam turut diberikan kitab berkenaan atau sebaliknya,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN