JERANTUT 2 Nov. – Pasukan bola sepak daerah Jerantut mahu mencipta sejarah dengan menjulang Piala Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang untuk kali kedua berturut-turut menjelang perlawanan akhir malam esok. Selaku juara bertahan, Jerantut tidak rela piala berkenaan bertukar tangan apabila berdepan Kuantan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. Ketua jurulatihnya, Ahmad Nazri Mat Noor berkata, pasukannya sudah bersedia untuk memberi persembahan terbaik pada perlawanan akhir itu. “Kita…










