Jepun mulakan konsultasi tubuhkan cawangan universitinya di Malaysia - Utusan Malaysia

Jepun mulakan konsultasi tubuhkan cawangan universitinya di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Kerajaan Jepun bersetuju untuk memulakan konsultasi menyeluruh bagi menubuhkan cawangan universiti Jepun di Malaysia, kata Perdana Menteri, Shinzo Abe.

“Mengenai permintaan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk pembukaan kampus cawangan universiti di Jepun, kami bersetuju untuk memulakan konsultasi menyeluruh ke arah merealisasikan idea itu,” katanya semasa sidang akhbar bersama Mahathir di sini Selasa.

Terdahulu, Mahathir dan Abe mengadakan mesyuarat delegasi di Pejabat Perdana Menteri Jepun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada hari Isnin, Mahathir melahirkan harapan untuk melihat universiti Jepun mempunyai cawangan mereka di Malaysia bagi membolehkan pelajar Malaysia bukan sahaja didedahkan kepada sistem pendidikan Jepun tetapi juga untuk mempelajari budaya mereka.

Sementara itu, Abe berkata, Jepun tetap komited untuk meneruskan kerjasama dalam Dasar Pandang Ke Timur Malaysia dalam bidang seperti pendidikan, promosi pelaburan, sumber manusia dan pemindahan teknologi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN