KOTA SAMARAHAN 2 Nov. – Anak Iban yang mencatat sejarah apabila menjadi orang pertama dalam kalangan etnik itu mencapai status Jeneral tiga bintang dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw akhirnya bersara selepas 41 tahun berkhidmat. Sebelum meninggalkan pasukan, bekas Panglima Medan Timur itu sempat menitip pesanan kepada semua anggota Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat agar meneruskan perjuangan untuk berkhidmat dengan penuh komitmen, dedikasi dan integriti. Menurut…










