Jenazah Zaibo selamat dikebumi - Utusan Malaysia

Jenazah Zaibo selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT – Jenazah pelakon dan pelawak Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit, malam ini.

Jenazah selesai dikebumi pada pukul 9.20 malam selepas tiba di tanah perkuburan itu kira-kira pukul 9.10 malam dan disolatkan di Masjid Jamek Pekan Rengit.

Selain keluarga, beberapa teman rapat dan rakan seni Allahyarham turut kelihatan di tanah perkuburan itu.

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave.

Zaibo, 62, meninggal dunia pada pukul 1.30 petang tadi di kediaman beliau di Rengit di sini, akibat kanser esofagus.

Sepanjang pembabitan dalam bidang seni, Allahyarham popular menerusi watak Pak Selamat dalam sitkom, Spanar Jaya selain membintangi filem, Anna and The King. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN