TIDAK semua impian penyelam adalah untuk menonton sekawan ikan yang berkilauan berenang melalui celah-celah terumbu karang di dalam lautan biru. Bagi Laura Tuominen, pengalaman menyelam yang tidak dapat dilupai adalah bukannya di Laut Merah atau Carribbean tetapi ketika berkesempatan menyelam menyelusuri gua bawah air di Budapest, Hungary. Jika diikutkan sebelum ini, ibu kota Hungary itu lebih terkenal di seluruh dunia dengan spa dan mandian air panas. Sejak kebelakangan ini, kebanyakan…










