JOHOR BAHRU 15 Nov. – Kunjungan ke bandar raya ini sentiasa berbaloi kerana menawarkan banyak tarikan seperti taman tema, pantai, rekreasi dan membeli-belah serta semuanya menyajikan pengalaman yang berbeza.
Semasa di sini, usah bimbang tentang penginapan kerana terdapat pelbagai hotel yang sentiasa ‘menyambut’ ketibaan pengunjung, cuma pilih sahaja mengikut kemampuan diri.
Antara yang menawarkan perkhidmatan terbaik adalah Hotel Berjaya Waterfront di Stulang Laut, di sini dan lokasinya yang menghadap laut dan sebahagian daripada Kota Singa, menjadikannya antara pilihan ramai, sama ada pelancongan tempatan mahupun asing, khususnya warga Singapura dan Indonesia.
Dilengkapi dengan kira-kira 400 bilik pelbagai jenis, Hotel Berjaya Waterfront sentiasa mengutamakan keselesaan pelanggannya dengan turut menyediakan kemudahan Wi-Fi, siaran televisyen kabel, peti keselamatan serta perkhidmatan 24 jam.
Bagi yang ingin mengadakan seminar, bengkel, mesyuarat serta jamuan makan malam, hotel tersebut turut dilengkapi dengan sebuah dewan besar yang mampu memuatkan sehingga 1,500 orang, tujuh bilik yang boleh digunakan untuk menganjurkan program dan dua auditorium.
Pelanggan yang datang berkeluarga dan ingin bersantai bersama-sama keluarga, kolam atau gimnasium mungkin tempat yang sesuai untuk dituju.
Selepas letih bersantai dan perut mula ‘berkokok’, jangan lepaskan peluang menikmati pelbagai hidangan yang disediakan di kafe Salt ‘n’ Pepper serta beberapa restoran yang terdapat di situ, seperti Palm Lounge, Palm Bistro, Coffee Bar dan The Club.
Pengunjung yang ‘kaki’ membeli-belah, hotel yang merupakan ikon dan menawarkan barangan bebas cukai tidak harus melepaskan peluang mendapat barangan pada harga lebih murah.
Jadi apa tunggu lagi, cuti persekolahan yang bakal tiba tidak lama lagi boleh digunakan sepenuh untuk berkunjung ke bandar raya ini dan ‘merasai’ kemudahan yang disediakan Hotel Berjaya Waterfront.










