Janin kucing disangka bayi - Utusan Malaysia

Janin kucing disangka bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang tukang cuci terkejut apabila menemui janin kucing yang disangkakan bayi manusia dalam kejadian di sebuah tandas di bangunan Wisma Persekutuan, Jalan Bayam, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, pekerja yang berusia 35 tahun itu sedang membersihkan lantai tandas di tingkat dua sebelum menemui tompokan darah dalam tandas tersebut.

Wanita itu yang panik kemudian telah memaklumkan pada pihak pengurusan dan memanggil seorang doktor untuk membuat pemeriksaan terhadap janin yang ditemui dalam pasu itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Noor Halim Nordin ketika dihubungi mengesahkan penemuan janin kucing berkenaan.

Beliau menafikan janin berkenaan milik manusia memandangkan mempunyai ekor dan fizikalnya juga ialah janin kucing. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN