Jangan terperdaya Macau Scam - Utusan Malaysia

Jangan terperdaya Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
APA itu Macau Scam? Kenapa ramai yang mudah sangat terperdaya? Cuba fikir, adakah kita berhutang dengan bank dan mempunyai tunggakan yang belum dijelaskan? Kalau ada, tentu pihak bank akan menghantar surat notis berkenaan hal tersebut.

Kenapa panggilan telefon pula menjadi medium untuk memaklumkan kita terpalit kes rasuah, kes mahkamah dan bermacam-macam lagi? Kalau seseorang itu tiada hal-hal begini, kenapa perlu percaya?

Saya sendiri pernah mendapat panggilan telefon Macau Scam yang mengatakan saya ada kes rasuah, kes mahkamah, tunggakan pinjaman bank dan bermacam-macam dakwaan tidak masuk akal.

Apa pun, cakap-cakap mereka melalui telefon ini langsung saya tiada percaya malah saya ‘hentam’ kembali dengan bermacam-macam kata ‘nasihat’.

Sudahnya, mereka sendiri yang putuskan panggilan itu. Kita yang benar, kenapa perlu takut? Marilah bangkit melawan gejala panggilan Macau Scam ini.

S.LIN

Bidor, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN