KOTA BHARU 16 Nov. – Pas memberi amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan agar tidak ‘bermain api’ dalam usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di negara ini. Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat yang cintakan keamanan tanpa mengira kaum bersedia ke jalan raya bagi menyatakan bantahan untuk menumbangkan kerajaan yang didakwa tidak demokratik. “Kita beri amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan yang baru berusia…