Jangan gundah pandangan berbeza mengenai ICERD - Utusan Malaysia

Jangan gundah pandangan berbeza mengenai ICERD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 12 Nov. – Rakyat tidak perlu berasa gundah gelana berikutan wujudnya perbezaaan pendapat daripada pelbagai pihak mengenai isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi menyuburkan amalan demokrasi, semua pihak sama ada dalam atau luar Pakatan Harapan (PH) boleh menyuarakan pandangan masing-masing namun keputusan akhir akan dibuat kerajaan.

“Bersatu dapat banyak juga input daripada ahli Bersatu yang tidak bersetuju, itu pandangan mereka dan saya akan bawa ke Kabinet tetapi ada juga pendapat yang

mungkin kata, kita kena timbang dan kena halusi, sementara itu, tidak mengapalah.

“Jangan risau, kalau Loke (Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook) mempunyai pandangan dengan saya tidak sama, tidak mengapa, kita tidak hendak sekat dan bataskan sesiapa daripada mengeluarkan pandangan masing-masing,” katanya di sini hari ini

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang turut disertai Anthony Loke yang merupakan Menteri Pengangkutan.

Semalam, media melaporkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP iaitu ADUN Tras, Chow Yu Hui dan ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong telah mengeluarkan kenyataan bersama bertajuk ‘DAP harus sokong ICERD’ dan menggesa parti itu memberi sokongan di Parlimen atau Kabinet untuk meratifikasikan ICERD. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN