WASHINGTON 2 Nov. – Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman didakwa menyifatkan wartawan, Jamal Khashoggi sebagai anggota kumpulan pengganas. Mohammed dilaporkan berkata demikian dalam satu perbualan telefon dengan White House selepas Jamal dilaporkan hilang, iaitu sebelum Arab Saudi mengaku lelaki itu telah dibunuh. Dalam perbualan telefon dengan menantu lelaki Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump iaitu Jared Kushner dan Penasihat Keselamatan Kebangsaan, John Bolton, beliau mendakwa Jamal adalah anggota sebuah organisasi pengganas antarabangsa. Lapor BBC, Arab Saudi bagaimanapun menafikan dakwaan yang dicetuskan oleh Washington Post dan New York Times. Menerusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya