Jaket Michael Jackson dilelong hampir AS$300,000 - Utusan Malaysia

Jaket Michael Jackson dilelong hampir AS$300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Jaket ‘Bad’ Michael Jackson yang dipakai semasa konsert jelajah solo pertamanya dijual pada harga AS$298,000 (RM1.2 juta) lewat kelmarin, kira-kira tiga kali lebih tinggi berbanding harga permintaan.

Jaket itu dijual dalam acara lelo­ngan Julien’s Auctions di New York yang menampilkan barangan milik pemuzik legenda seperti Prince, Madonna dan John Lennon.

Firma Julien’s Auctions meletakkan harga permintaan awal seba­nyak AS$100,00 (RM418,000) untuk jaket itu yang mempunyai tandatangan Jackson pada bahagian belakangnya.

Mendiang memakai jaket itu sepanjang konsert jelajah ‘Bad’ di seluruh dunia dari tahun 1987 hingga 1989. Bad merupakan antara lagu yang melonjakkan nama Michael Jackson di persada dunia.

Jaket itu adalah antara kostum pa­ling ikonik mendiang di samping jaket kulit berwarna hitam dan merah yang dipakai dalam video muzik lagu Thriller yang kemudian dilelong pada harga AS$1.8 juta (RM7.5 juta) dalam tahun 2011.

Jaket ‘Bad’ itu dijual kepada ahli perniagaan dan dermawan dari Texas, Milton Verret bersama hampir 100 barangan lain milik penyanyi tersebut. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN