PUTRAJAYA – Bermula tahun depan, jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal diawalkan sebagai langkah persediaan bagi menghadapi musim banjir yang sering berlaku pada hujung tahun.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, jadual peperiksaan SPM itu bagaimanapun hanya membabitkan mata pelajaran elektif dan bukan teras yang dijangka diawalkan antara akhir September dan awal Oktober.
“Subjek-subjek tersebut adalah Bahasa Arab, Bahasa Punjabi, Bahasa Kadazan, Bahasa Iban, Tasawur Islam dan kesusasteraan. Langkah ini dibuat memandangkan banjir sering berlaku pada hujung tahun dan ini dibuat bagi memudahkan para pelajar menghadapi SPM,” katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16(1) di sini sempena peperiksaan SPM 2018 semalam.
Berdasarkan rekod, seramai 421,706 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM tahun ini di 3,308 pusat peperiksaan di seluruh negara yang bermula semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










