Jabatan Perhutanan Pahang tahan 18 orang terlibat perlombongan haram - Utusan Malaysia

Jabatan Perhutanan Pahang tahan 18 orang terlibat perlombongan haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menahan 16 orang termasuk lapan warga China kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan perlombongan secara haram di beberapa kawasan hutan di Pahang Barat.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, suspek yang berumur 18 hingga 60 tahun itu ditahan dalam Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Aktiviti Lombong Zon Pahang Barat (Ops Lombong 3.0) yang diadakan sejak 30 Oktober lalu hingga hari ini.

“Hasil siasatan mendapati lima daripada warga China berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan telah pun diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Yang lain termasuk lapan warga tempatan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Ops Lombong 3.0 di Kompartmen 71, Hutan Simpan Tersang di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, Datuk Mohd. Hizamri Mohd. Yasin, Pengarah Tanah dan Galian  negeri Datul Nazri Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Pahang Datuk Ir Azman Ab Majid. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN