Itu bukan baju seragam komunis - Utusan Malaysia

Itu bukan baju seragam komunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong menegaskan pakaian seragam yang dipakainya semasa pemeriksaan barisan tentera baru-baru ini bukan pakaian tentera komunis, sebaliknya pakaian korporat Kementerian Pertahanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Chin Tong berkata, tindakan segelintir pihak yang hanya mahu memperbesarkan isu itu dengan menularkannya dalam laman sosial media dianggap tidak bertanggungjawab.

“Itu pakaian korporat kementerian dan bukan saya sahaja yang pakai bahkan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu juga pakai kerana kami adalah rakyat biasa tidak perlu memakai uniform tentera.

“Itu keputusan bersama yang diambil kerana kami tidak melalui kesukaran serta terlibat dalam latihan ketenteraan jadi kami tidak layak memakai pakaian seragam tentera walaupun menteri,” kata­nya pada sidang akhbar selepas merasmikan upacara peletakan lunas Kapal Tempur Pesisir Tentera Laut Diraja Malaysia ke-empat di Limbungan Boustead Naval Shipyard di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini