Isyarat ping CVR Lion Air JT610 belum dikesan - Utusan Malaysia

Isyarat ping CVR Lion Air JT610 belum dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 11 Nov. – Isyarat ping perakam suara kokpit (CVR) pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di kawasan perairan Tanjung Karawang pada 29 Oktober lalu masih belum dikesan biarpun ope­rasi mencari serta menyelamat (SAR) sudah dihentikan.

Detik News yang memetik Ketua Suruhanjaya Ke­selamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia (KNKT), Soerjanto Tjahjono melaporkan bahawa operasi penca­rian CVR diteruskan bagi melengkapkan siasatan nahas pesa­wat tersebut.

“Kami akan cuba sedaya upaya untuk mencari CVR dan kami belum menentukan sampai bila operasi ini akan dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam operasi ini, kami menggunakan beberapa alatan termasuk pencari isyarat ping dan kenderaan kawalan jauh dalam air (ROV) yang dilengkap dengan pengesan sonar,” katanya.

Selain itu, Soerjanto me­nyatakan bahawa isyarat ping CVR tidak dapat dikesan sehingga hari ini kerana mungkin CVR itu terhempas kuat dan rosak, menyebabkan isya­ratnya tidak kuat.

Sehingga kini, KNKT masih menganalisis data yang diperoleh daripada perakam data penerbangan (FDR) yang ditemukan sebelum ini.

Beberapa perkara ditemukan dalam siasatan awal sebelum ini termasuk penunjuk aras kelajuan pesawat Lion Air JT610 yang rosak dalam empat penerbangan sebelum nahas.

Namun, pihak berkuasa ti­dak dapat menyimpulkan se­ki­ranya masalah itu menjadi punca pesawat tersebut terhempas.

Selain itu, pengesan Angle of Attack atau AOA yang berfungsi sebagai pengukur sudut pesawat terhadap aliran udara juga dilaporkan mengalami kerosakan dalam beberapa penerbangan sebelum nahas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×