Isu sentuh sensitiviti agama dibimbangi - Utusan Malaysia

Isu sentuh sensitiviti agama dibimbangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 14 Nov. – Isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama termasuk Islam kian membimbangkan dan boleh menggugat keharmonian yang dikecapi ketika ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, jika berterusan berlaku, perkara berkenaan dibimbangi menggugat keharmonian agama di negara ini.

“Islam mendidik umatnya supaya mengamalkan konsep saling bekerjasama, saling mempercayai dan saling bertoleransi antara satu sama lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menasihatkan umat Islam khususnya di negeri ini supaya mengamalkan tiga konsep ini dalam warna warni kehidupan kita di negara ini,” titah baginda ketika menyempurnakan Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang di sebuah hotel di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.

Konvensyen itu merupakan anjuran Pejabat Mufti negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×