Isu Ketua Menteri Sabah, hormati keputusan mahkamah - Ewon - Utusan Malaysia

Isu Ketua Menteri Sabah, hormati keputusan mahkamah – Ewon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah harus menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini yang menolak saman pemula Tan Sri Musa Aman, sekali gus mengekalkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Benedick.

Sehubungan itu, Ewon mengajak semua pihak, termasuk anggota pentadbiran awam bergerak ke hadapan dengan lebih harmoni untuk sama-sama memajukan negeri ini.

“Saya pasti keputusan penghakiman ini akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah untuk tatapan umum dan seterusnya menjadi rujukan kes penting pada masa hadapan. Mari menghormati keputusan mahkamah ini. 

“Dengan ini, tiba masanya bagi kita semua, sama ada Anggota Pentadbiran Negeri, Anggota Perkhidmatan Awam serta rakyat dan sektor-sektor lain untuk bergerak ke hadapan dengan lebih harmoni,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ewon yang juga Naib Presiden UPKO berkata, pilihan raya umum ke-15 masih lagi lama dan oleh itu semua pihak seharusnya mengisi masa dengan bekerjasama ke arah kebaikan rakyat. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN